Acara pelancaran Made by Google telahpun dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos 2026. Pada acara ini, Google dijangka akan memperkenalkan empat pilihan model iaitu Pixel 11, Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold.

Menjelang ketibaannya, telah ada laporan mendedahkan spesifikasi penuh dan harga jualan untuk siri Pixel 11. Kesemua model akan dijana cip Tensor G6 bersama cip keselamatan Titan M3. Untuk model asas iaitu Pixel 11, ia dijangka hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.3-inci, paparan adaptif 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 3000 nits. Menggunakan konfigurasi memori RAM 12GB atau 16GB dengan storan 256GB atau 512GB.

Dimuatkan dengan bateri 4985mAh yang menyokong pengecasan 30W dan pengecasan tanpa wayar Qi2. Menggunakan kamera utama 48MP dan kamera ultra lebar 13MP. Harga jualan untuk Pixel dikatakan bermula sekitar $899 (RM3681).

Untuk Pixel 11 Pro, ia hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.3-inci, paparan adaptif 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3600 nits. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 48MP Ultra Lebar + 48MP dengan 5x zum optik. Dimuatkan dengan bateri 4850mAh dengan pengecasan 30W dan dijual pada harga bermula $1099 (RM4499).
Manakala untuk Pixel 11 Pro XL, ia dijangka hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.8-inci, paparan adaptif 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3600 nits. Ditawarkan dengan pilihan storan sehingga 1TB dan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang. Dimuatkan dengan bateri 5115mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W dengan harga jualan bermula sekitar $1299 (RM5318).

Akhir sekali adalah Pixel 11 Pro Fold, peranti ini dijangka hadir dengan skrin dalam bersaiz 8-inci dan skrin luar bsersaiz 6.4-inci yang menyokong paparan 120Hz. Ditawarkan dengan konfigurasi memori sehingga 1TB dan dimuatkan dengan bateri sebesar 4806mAh yang menyokong pengecasan 30W dan Qi2. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 10.5MP Ultra Lebar + 10.8MP Telefoto. Harga jualan untuk Pixel 11 Pro Fold adalah bermula sekitar $1899.