Close

Sony sahkan bekalan memori PS5 mencukupi sehingga Mac 2027

Sony mengesahkan bekalan cip memori untuk PlayStation 5 (PS5) mencukupi bagi memenuhi sasaran jualan syarikat sehingga Mac 2027, sekali gus memberikan gambaran tiada kenaikan harga baharu dijangka berlaku dalam tempoh tersebut akibat isu kekurangan bekalan memori.

Perkara tersebut dikongsi menerusi laporan kewangan syarikat bagi suku pertama tahun fiskal 2026. Sony menyatakan,

bekalan cip memori mencukupi untuk memenuhi sasaran jualan PS5 bagi tahun fiskal 2026 yang berakhir pada Mac 2027. Ini bermakna harga PS5 dijangka kekal stabil sekurang-kurangnya sehingga tarikh tersebut.

Sebelum ini, Sony telah menaikkan harga PS5 di beberapa pasaran pada Mei 2026 disebabkan oleh tekanan ekonomi global. Ketika ini, dunia sedang mengalami krisis bekalan memori global yang dijangka akan berterusan sehingga 2030 atau mungkin lebih lama menurut beberapa penganalisis industri.

Dengan kenyataan ini, ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada pengguna yang bercadang untuk membeli PS5 dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut hanya mengenai isu bekalan memori. Sekiranya berlaku kenaikan harga sebelum Mac 2027, ia berkemungkinan berpunca daripada faktor lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN