Close

Google Assistan akan ditamatkan pada 4 September 2026

Google akan menamatkan sokongan pembantu maya Google Assistant bermula 4 September 2026.

Google akan memulakan proses untuk menghentikan akses pembantu maya tersebut pada peranti Android ang menyokong. Seterusnya, Google akan menggantikan Google Assistan kepada Gemini sepenuhnya.

Menurut laporan, Google telah menghantar e-mel kepada pengguna untuk memaklumkan mengenai peralihan tersebut. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Google untuk menjadikan Gemini sebagai pembantu AI utama merentasi ekosistem perantinya.

Google menyatakan proses penamatan Google Assistant akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar. Menurut Google, Gemini mampu menawarkan pengalaman pembantu AI yang lebih pintar dan lebih berguna berbanding Google Assistant.

Selain itu, buat masa ini perubahan ini tidak melibatkan peranti lain seperti Google TV, Google Home dan kenderaan dengan Google built-in. Namun, Google memaklumkan bahawa Gemini akan diperluaskan ke peranti-peranti tersebut pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN