Close

Disney+ mungkin perkenal pelan percuma dengan iklan

Disney mungkin akan memperkenalkan pelan percuma untuk perkhidmatan penstriman Disney+ sebagai usaha menarik lebih ramai pengguna.

Perkara itu dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Disney iaitu Josh D’Amaro, ketika sesi pembentangan keputusan kewangan suku ketiga syarikat. Menurut beliau, pelan percuma berpotensi membantu Disney mencapai beberapa objektif utama, termasuk memperluaskan jumlah pengguna Disney+ serta meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan.

Disney menyatakan, pengenalan ini membolehkan lebih ramai pengguna mencuba platform tersebut sebelum menaik taraf kepada pelan berbayar. Tiada sebarang tarikh yang dikongsi mengenai ketibaan sokongan ini memandangnkan cadangan tersebut masih lagi berada di peringkat pertimbangan.

Ketika ini, beberapa platform popular seperti Apple TV+ dan Paramount+ sudahpun menawarkan akses percuma untuk pengguna yang tidak melanggan perkhidmatan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN