Close

REDMI 17 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM699

Xiaomi Malaysia secara rasmi memperkenalkan satu peranti baru dibawah siri REDMI iaitu REDMI 17. Menariknya, model ini ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu 4G dan juga 5G

Untuk Redmi 17 5G, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.9-inci yang menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor 50M dan 8MP swafoto. Dimuatkan dengan bateri 7500mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

Manakala Redmi 17 4G, ia turut hadir dengan skrin bersaiz 6.9-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G91-Ultra yang dgabungkan dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Turut menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor 50M dan 8MP swafoto. Dimuatkan dengan bateri 7500mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

Selain itu, kedua-dua varian turut menyokong pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC, penarafan IP64 dan menjalankan sistem operasi HyperOS 3. Menariknya, model ini turut dilengkapi dengan ciri Dynamic light RGB yang diletakkan pada bahagian belakang, memudahkan untuk melihat notifikasi.

Untuk pasaran Malaysia, REDMI 17 4G dijual pada harga RM699, manakala untuk REDMI 17 5G pula dijual pada harga bermula RM799.

ARTIKEL BERKAITAN