Sony mula memberi peringatan kepada bakal pembeli PlayStation 5 (PS5) berkenaan penamatan sokongan permainan fizikal bermula Januari 2028.
⚠️ Ya están empezando a llegar remesas de consolas PS5 a las tiendas con este mensaje en la caja:
— Behind the Games (@BehindTGames) August 5, 2026
AVISO IMPORTANTE: A partir de enero de 2028, los nuevos lanzamientos de juegos para PlayStation estarán disponibles para su compra en PlayStation Store y a través de minoristas… pic.twitter.com/E7dpJSnFb2
Peringatan tersebut diletakkan pada kotak konsol PS5, sekali gus mengesahkan Sony akan beralih ke sokongan digital sepenuhnya. Maklumat tersebut dikongsi oleh Behind The Games melalui platform X, memperlihatkan imej berkenaan peringatan yang menyatakan “Mulai Januari 2028, semua permainan PlayStation yang dilancarkan selepas tarikh tersebut hanya akan dijual dalam format digital melalui PlayStation Store dan peruncit.”
Selain itu, Sony turut menyatakan semua permainan fizikal yang dilancarkan sebelum Januari 2028 masih boleh dimainkan pada konsol PS5 yang mempunyai pemacu cakera.
Perubahan ini menandakan berakhirnya era permainan dalam bentuk cakera fizikal. Ia juga mencerminkan hala tuju industri permainan video yang semakin beralih kepada ekosistem digital, seiring dengan peningkatan penggunaan internet berkelajuan tinggi dan storan konsol yang lebih besar.