Close

TikTok bakal naikkan yuran komisen – Berkuat kuasa 31 Oktober 2026

TikTok Shop bakal menaikkan kadar komisyen bagi penjual Marketplace dan Mall yang akan berkuat kuasa pada 31 Oktober 2026.

TikTok Shop akan menyemak semula komisyen penjual Marketplace dan Mall sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan semula yang lebih menyeluruh. Walau bagaimanapun, kadar komisyen bagi barangan keperluan harian dan kategori keperluan asas terpilih akan dikurangkan atau dikekalkan pada kadar semasa.

Melalui pelarasan ini, ia memperlihatkan kadar komisen bagi kebanyakan kategori produk meningkat. Selain itu, kadar komisen yang dikenakan juga berbeza mengikut kategori produk dan juga jenis kedai. Penjual yang menyertai Bonus Extra Program (BXP) akan menikmati komisen Marketplace dan Mall yang lebih rendah berbanding penjual bukan BXP.

Komisen hanya akan dikenakan apabila berlakunya jualan, tiada caj tetap, caj penyenaraian atau caj bulanan baru dikenakan. Selain itu, pesanan yang dibuat sebelum tarikh tersebut iaitu 31 Oktober 2026 akan dikenakan caj sedia ada.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kenaikkan yuran komisen, boleh layari laman rasmi TikTok Shop.

ARTIKEL BERKAITAN