Permainan Grand Theft Auto VI (GTA 6) mencipta sejarah tersendiri selepas menjadi permainan paling berjaya dalam sejarah PlayStation.

Permainan GTA 6 berjaya mencatatkan angka pemain yang luar biasa sejak ia dilancarkan sekitar 5 hari lalu. Sony melalui PlayStation Blog, mendedahkan GTA 6 mempunyai 39 juta pemain unik di PS5, sekali gus menjadikan ia permainan paling berjaya sepanjang sejarah PlayStation, rekod ini merangkumi lebih tiga dekad dan lima generasi konsol.

Selain itu, GTA 6 turut mencatatkan jumlah pemain serentak (concurrent players) tertinggi dalam sejarah PlayStation, mengatasi semua permainan lain termasuk judul multiplayer, free-to-play dan single-player. Lebih menarik, 70% pengguna menjadikan GTA 6 sebagai permainan pertama pada konsol PS5 baru.
Dengan angka ini, GTA 6 bukan sahaja mencipta rekod baru untuk PlayStation dalam masa yang mengukuhkan lagi kedudukan sebagai permainan paling sensasi dalam industri permainan.