Close

Samsung mungkin guna kamera ‘Variable Aperture’ pada Galaxy S26

Samsung mungkin akan menggunakan kembali teknologi kamera dengan variable apeture pada siri Galaxy S26. Teknologi kamera ini telah diperkenalkan pada 2018 untuk model Galaxy S9 dan S9+, tetapi dihentikan selepas siri Galaxy S20.

Menurut laporan, Samsung sedang mempertimbang untuk mengembalikan semula teknologi kamera tersebut pada kamera utama siri Galaxy S26. Namun, tidak dapat dipastikan adalah teknologi kamera ini akan tersedia pada semua model atau hanya untuk model paling premium sahaja iaitu Galaxy S26 Ultra.

Selain itu, laporan tersebut tidak menyatakan jenis variable aperture yang akan digunakan adakah dual-aperture seperti siri Galaxy S19 atau multiple aperture seperti mana pada Xiaomi 15 Ultra. Model paling premium iaitu Galaxy S26 Ultra dijangka hadir dengan sensor kamera 50MP dengan kemampuan 3x zum optik.

Walau bagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan memandangkan acara pelancaran siri Galaxy S26 masih lagi jauh. Mungkin terdapat pelbagai perubahan sebelum peranti ini diperkenalkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN