Close

CMF Phone 2 Pro akan dilengkapi dengan kamera telefoto

Selepas mengesahkan yang CMF Phone 2 Pro akan dijana dengan cip Dimensity 7300 Pro. Terbaru, CMF turut mendedahkan maklumat mengenai tetapan kamera yang akan digunakan pada peranti tersebut.

CMF Phone 2 Pro akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto 2x zum optik + 8MP Ultra Lebar. CMF mendakwa, sensor utama dan sensor telefoto pada Phone 2 Pro adalah yang terbesar dan yang pertama digunakan dalam kelasnya.

Menariknya, Nothing Phone (3a) turut menggunakan tetapan kamera yang sama. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan kemampuan kamera ini sama dan setanding Seperti Phone (3a).


CMF telahpun menjadualkan acara pelancaran untuk Phone 2 Pro pada 28 April ini. Untuk pasaran India, peranti ini akan dijual dengan pengecas dan kerangka lut sinar tersedia di dalam kotak.

ARTIKEL BERKAITAN