Close

Laman web Maybank2u klasik akan ditamatkan sepenuhnya pada 9 Jun 2025

Bermula 9 Jun 2025, laman web Maybank2u klasik akan ditamatkan sepenuhnya untuk kegunaan individu. Bermaksud, pengguna individu tidak lagi boleh mengakses Maybank2u klasik untuk perkhidmatan perbankan atas talian.

Berikutan dari itu, Maybank menyarankan pengguna untuk beralih ke laman web Maybank2u semasa bagi memastikan semua perkhidmatan perbankan atas talian dapat diakses. Selain itu, Maybank turut berkongsi tarikh penamatan perkhidmatan pada laman web Maybank2u klasik.

  • Perkhidmatan Pemindahan Dana ke Akaun Pihak Ketiga – 12 Mei 2025
  • Perkhidmatan Pemindahan Dana Antara Bank – 19 Mei 2025

Walau bagaimanapun, pengguna Maybank2u Biz masih boleh melakukan perkhidmatan perbankan atas talian melalui laman web Maybank2u klasik.

Menurut Maybank, laman web Maybank2u semasa menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dengan reka bentuk yang mesra pengguna dan hadir dengan pelbagai ciri menarik. Bukan itu sahaja, ia turut mempunyai sistem keselamatan yang dipertingkatkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN