Close

Taobao Malaysia bakal perkenal antara muka bahasa Malaysia pada Jun ini

Taobao Malaysia bakal memperkenalkan antara muka bahasa Malaysia menjelang Jun ini. Sekaligus, memudahkan dan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik untuk pengguna tempatan.

Buat yang tidak mengetahui, Taobao merupakan platform e-dagang popular di China. Menurut Taobao, penambahbaikan ini merupakan titik penting dalam usaha untuk menjadikan ia sebagai aplikasi tempatan dalam masa menunjukkan komitmen mereka untuk menyediakan aplikasi yang mudah diakses dengan pengalaman membeli-belah yang lebih baik.

Sebelum ini, Taobao telahpun memperkenalkan antara muka bahasa Inggeris untuk pasaran Malaysia pada September tahun lalu. Aplikasi tersebut turut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menterjemahkan kandungan platform itu secara automatik. Selain itu, ia turut menyediakan anggaran harga produk dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Di peringkat global, Taobao adalah aplikasi kedua paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom. Di Malaysia pula, Taobao merupakan aplikasi membeli-belah kedua paling banyak dimuat turun di iOS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN