OnePlus secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk pasaran China iaitu OnePlus 13T. Berbeza dengan OnePlus 13, peranti ini hadir dengan rekaan yang kompak dan dilengkapi dengan spesifikasi yang berkuasa.

OnePlus 13T hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.32-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 16MP. Walaupun menggunakan rekaan yang kompak, OnePlus 13T dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar 6260mAh dengan teknologi bateri silicon-carbon. Turut menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W.

OnePlus tidak lagi menyertakan butang ikonik ‘Alert Slider’ sebaliknya diganti dengan butang baru ‘Shortcut Key’, masih sokong fungsi yang sama tetapi boleh tetapkan untuk pintasan dan aplikasi lain. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah penarafan IP65, NFC, sistem penyejukan dan menjalankan Color OS 15 berasaskan Android 15.

Di China, OnePlus 13T dijual pada harga sekitar CNY3399 (RM2041) untuk 12GB + 256GB dan CNY4499 (RM2703) untuk 16GB + 1TB. Ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Gray, Pink dan Black. Tidak dapat dipastikan adakah peranti akan tiba untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.