realme secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu realme GT7. Tampil dengan spesifikasi yang berkuasa dan dilengkapi dengan bateri sebesar 7200mAh.

realme GT7 dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.8-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dengan kecerahan puncak 6500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9400+ yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX896 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri silikon yang berkapasiti 7200mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W. Walaupun dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar, peranti ini hanya setebal 8.25mm sahaja.

Spesifiasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin jenis ultrasonik, Skycom Communication System 2.0, penarafan IP68/IP69, pembesar suara jenis stereo, NFC dan IR Blaster.

Di China, realme GT7 dijual pada harga bermula sekitra CNY2600 (RM1559) dan mencecah sehingga CNY3800 (RM2279).