Close

realme GT7 dikesan melepasi SIRIM Malaysia

realme Malaysia dijangka akan memperkenal peranti baru ke pasaran tempatan selepas realme GT7 dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

realme GT7 telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 25 April 2025 dengan menggunakan kod nama RMX5061 (realme GT 7) dan didaftarkan di bawah syarikat DTL Malaysia Sdn Bhd. Malangnya, tiada maklumat terperinci mengenai peranti ini.

Namun begitu, peranti ini telahpun diperkenalkan lebih awal untuk pasaran China. Hadir dengan cip Dimensity 9400+, bateri 7200mAh, pengecasan 100W dan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang. Selain itu, tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan menggunakan spesifikasi yang sama untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

Di China, realme GT7 dijual pada harga bermula sekitra CNY2600 (RM1559) dan mencecah sehingga CNY3800 (RM2279).

Buat masa ini, realme Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesisifkasi, ketersediaan dan juga tarikh pelancaran untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan mengenai peranti ini dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN