Dua aplikasi e-Hailling iaitu inDrive dan Maxim diarahkan untuk menghentikan operasi mereka di Malaysia berkuat kuasa 24 Julai 2025.
Kedua-dua aplikasi tersebut dikatakan telah melanggar undang-undang yang termaktub dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715). Syarikat yang didapati melanggar akta ini boleh diarahkan untuk memberhentikan operasi mereka dengan serta merta.
Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke menyatakan, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telahpun mengeluarkan surat penamatan kepada kedua-dua syarikat dengan memberi tempoh notis yang sewajarnya.
Walau bagaimanapun, kedua-dua syarikat tersebut masih boleh membuat rayuan, namun keputusan akhir sama ada mereka terus boleh beroperasi atau sebaliknya terletak di bawah bidang kuasanya.