realme bakal membawa perubahan besar pada teknologi bateri untuk telefon pintar selepas memperlihatkan peranti konsep dengan bateri 10,000mAh.
The unboxing video of the realme GT 10,000 mAh concept phone is here! Get ready for unparalleled power and performance! pic.twitter.com/22WWiIjbA8
— Chase (@ChaseXu_) May 6, 2025
Peranti ini menggunakan bateri anod berasaskan silikon dengan 10% anod silikon yang membolehkan ia mencapai kepadatan 887Wh/L. Untuk meletakkan kapasiti bateri sebesar itu, realme terpaksa mengecilkan saiz papan induk kepada 23.4mm, merupakan papan induk terkecil pernah digunakan pada peranti Android setakat ini.
Namun apa yang lebih menarik, peranti ini hanya setebal 8.5mm dengan berat 215gram sahaja. Sekaligus, menjadikan peranti masih lagi nipis dan ringan untuk kapasiti bateri sebesar itu.

Seperti namanya, tidak dapat dipastikan adakah realme akan menawarkan teknologi bateri ini secara komersil atau hanya sekadar untuk memperlihatkan teknologi mereka sahaja.