Semua permohonan Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) kini dilakukan secara digital sepenuhnya, melalui platform MyeHALAL.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee. pemohonan yang berjaya akan menerima sijil digital (e-Sijil) melalui platform MYeHALAL dan ia boleh dicetak sendiri jika perlu.
Walau bagaimanapun, syarikat masih mempunyai pilihan sekiranya memerlukan sijil fizikal namun perlu mengemukakan permintaan rasmi dan sejumlah bayaran akan dikenakan.
Langkah ini dilihat seiring dengan perancangan kerajaan memperluaskan pendigitalan dalam sektor awam. Selain itu, langkah ini juga meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta memudahkan proses permohonan sijil dalam masa yang sama mengalakkan lagi inovasi.