iQOO Malaysia mengesahkan peranti baru iaitu Neo 10 akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Namun begitu, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran yang dikongsi oleh iQOO Malaysia.
Apa yang menarik, peranti ini akan menjadi peranti pertama yang ditawarkan di Malaysia dengan cip Snapdragon 8s Gen 4. Selain itu, peranti ini dijangka akan turut dilengkapi dengan sistem penyejukan baru dan menyokong kapasiti bateri yang besar.

iQOO Neo 10 dijangka akan menawarkan spesifikasi sebaris dengan peranti andalan namun ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik. Buat masa ini, tiada maklumat terperinci mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada peranti ini. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.