vivo X200 FE dijangka akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

vivo X200 FE telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 13 May 2025 dengan menggunakan kod nama V2503 (X200 FE) dan didaftarkan di bawah syarikat VTALENT BUSINESS SDB BHD. Malangnya, tiada maklumat yang mengenai spesifikasi yang dikongsi.
Namun begitu, terdapat laporan mendedahkan peranti ini akan dilengkapi dengan cip Dimensity 9400e, skrin 6.31 dengan paparan 120Hz, bateri 6500mAh dan pengecasan pantas 90W. Untuk fotografi, ia akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan swafoto 50MP.
Selain itu, tiada maklumat mengenai vivo X200s atau X200 Ultra dikesan pada pangkalan data SIRIM, berkemungkinan model ini hanya tersedia untuk pasaran China sahaja.
Sekiranya maklumat ini tepat, vivo X200 FE dijangka akan menjadi pilihan menarik dan berbaloi untuk pengguna yang mahukan prestasi dan kamera yang lengkap tanpa perlu berbelanja besar.