Nothing mengesahkan ketibaan peranti andalan iaitu Phone (3) pada Julai 2025. Maklumat tersebut dikongsi melalui medai sosial rasmi Nothing.
Phone (3). It's a magic number.
— Nothing (@nothing) May 20, 2025
Coming July 2025. pic.twitter.com/WEQ7Vcf72H
Melalui video klip pendek yang dikongsi, Nothing mendedahkan peranti baru mereka akan diperkenalkan pada Julai ini. Namun begitu, tiada tarikh spesifik dan spesifikasi yang dikongsi oleh Nothing mengenai Phone (3).
Sebelum ini, CEO Nothing iaitu Carl Pei telahpun mendedahkan Phone (3) akan hadir dengan rekaan yang premium, spesifikasi yang berkuasa dan sokongan perisian AI yang lebih baik. Carl Pei turut berkongsi mengenai harga jualan untuk Phone (3) iaitu sekitar £800 (RM4595), lebih mahal berbanding model sebelumnya.