Seiring dengan pengumuman cip XRING 01, Xiaomi turut memperkenalkan peranti baru iaitu 15S Pro. Merupakan peranti pertama yang dikuasakan dengan cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi.

Xiaomi 15S Pro hadir dengan skrin OLED jenis Quad-Curved bersaiz 6.73-inci dengan resolusi 3200 x 1440. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3200 nits dan kandungan HDR10+ serta Dolby Vision.

Peranti ini dijana dengan cip XRING 01 dengan teknologi binaan 3nm dan mempunyai 19 billion transistor. Cip ini menggunanakan konfigurasi 10 teras untuk CPU dan 16 teras untuk GPU. Untuk prestasi grafik, ia menggunakan GPU Immortalis-G925 yang memberikan skor sehingga 3 juta pada penanda aras Antutu.

Dari segi fotografi, Xiaomi 15S Pro ini dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop dan swafoto 32MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan Leica Summilux dan menyokong rakman video sehingga 8K.

Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 50W tanpa wayar. Peranti ini turut dilengkapi denga sistem penyejuk Wing-shaped Ring Cold Pump Pro dan menyokong penarafan IP68.

Di China, Xiaomi 15S Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY5499 (RM3701) untuk 16GB + 512GB dan CNY5999 (RM4041) untuk 16GB RAM + 1TB. Buat masa ini, peranti ini hanya tersedia untuk pasaran China sahaja, tidak dapat dipastikan adakah ia akan turut ditawarkan untuk pasaran global atau sebaliknya.