Peranti pertama dari Nothing iaitu Phone (1) tidak akan menerima kemas kini Android 16.
Perkara tersebut disahkan secara rasmi oleh Nothing dengan menyatakan Phone (1) tidak akan menerima kemas kini Android 16. Namun begitu, peranti tersebut akan menerima kemas kini keselamatan, sekurang-kurangnya untuk setahun lagi.

Phone (1) telah diperkenalkan pada tahun 2022 dan Nothing menjanjikan kemas kini Android sehingga 3 tahun. Sewaktu ia dilancarkan, Phone (1) menjalankan Android 12 dan ketika ini peranti tersebut telahpun menerima kemas kini Android 15 yang juga kemas kini Android terakhir.
Walau bagaimanapun, peranti ini masih selamat untuk digunakan namun tiada fungsi baru yang akan diterima selepas ini. Ini mungkin waktu yang sesuai untuk pengguna Phone (1) menaiktaraf kepada Phone (3) yang akan tiba pada Julai ini.