Close

Pas My50 boleh diperbaharui guna TNG eWallet – Bermula 1 Julai 2025

Bermula 1 Julai 2025, Pas My50 boleh diperbaharui dengan menggunakan aplikasi TNG eWallet. Buat yang tidak mengetahui, pas My50 adalah pas pengangkutan awam untuk semua perkhidmatan rel dan bas RapidKL yang ditawarkan selama 30 hari tanpa had.

Dengan menyokong pembaharuan melalui aplikasi TNG eWallet pengguna kini mempunyai pilihan sama ada pembaharuan melalui kaunter atau aplikasi. Sekaligus, memudahkan pengguna dalam urusan pembaharuan pas.

Proses pembaharuan Pas My50 :

  • Buka aplikasi TNG eWallet dan pilih Travel Pass
  • Sentuh kad Touch ‘n Go pada fon dan pautkan pada aplikasi TNG eWallet
  • Kemudian, tekan Travel Pass My50 dan pilih tarikh pengaktifan My50
  • Tekan setuju pada terma dan syarat seterusnya lakukan pembayaran
  • Sentuh semula kad Touch ‘n Go pada fon untuk pengaktifan

Selain itu, sokongan ini dapat meningkatkan kemudahan akses dan mengurangkan kebergantungan kepada transaksi tunai dalam masa dapat memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN