Close

Lazada bakal naikkan caj komisen pada penjual – Berkuat kuasa 18 Julai ini

Lazada bakal menaikkan caj komisen untuk semua penjual, bergantung kepada kategori produk masing-masing. Perubahan ini akan berkuat kuasa bermula 18 Julai 2025.

Kenaikkan caj komisen ini bergantung kepada kategori produk. Caj komisen baru yang akan dikenakan adalah 16% untuk FMCG,15% untuk fesyen, 14.5% untuk barangan elektronik dan 21.5% untuk barangan digital.

Walau bagaimanapun, kenaikkan caj komisen ini dikecualikan kepada penjual baru di Lazada untuk tempoh 120 hari pertama. Caj tersebut hanya akan dikenakan pada hari ke-121 dan seterusnya.

Menurut Lazada, perubahan ini adalah sebahagian daripada usahan mereka untuk menambah baik pengalaman pengguna untuk pembeli dan juga penjual. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN