Close

iPhone Fold dilaporkan memasuki fasa ujian prototaip

Fon lipat pertama dari Apple iaitu iPhone Fold dilaporkan telah memasuki fasa ujian prototaip pertama. Sekaligus, memberikan gambaran yang Apple bakal memasuki segmen fon lipat tidak lama lagi.

Menurut laporan, fasa ujian protaip tersebut telahpun dimulakan sekitar Jun lalu dan proses dijangka akan selesai menjelang akhir tahun ini. Fasa seterusnya untuk peranti tersebut adalah Ujian Pengesahan Kejuruteraan (EVT), sekiranya semua berjalan seperti yang dirancang iPhone Fold mungkin akan diperkenalkan bersama siri iPhone 18 pada September 2026.

iPhone Fold dijangka hadir dengan skrin utama 7.8-inci OLED dari Samsung dengan kamera bawah skrin, Tiada fungsi Face ID sebaliknya diganti dengan Touch ID yang diletakkan pada bahagian sisi. Peranti akan turut hadir dengan rekaan yang nipis sekitar 9.0mm hingga 9.5mm apabila dilipat.

Selain itu, peranti ini akan menggunakan rangka dari bahan binaan titanium dengan teknologi engsel liquid metal untuk menjanjikan ketahanan yang lebih baik. Untuk harga jualan, iPhone Fold mungkin akan ditawarkan dengan harga bermula sekitar $2100 (RM9900) hingga $2300 (RM10,800)

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN