OpenAI yang merupakan syarikat di sebalik ChatGPT dilaporkan sedang membangunkan pelayar web baru untuk menyaingi pelayar web popular seperti Google Chrome.
Pelayar web ini akan dibangunkan menggunakan Chromium iaitu asas sumber terbuka yang digunakan oleh Google Chrome dan Microsft Edge.
Apa yang menarik, pelayar web dari OpenAI ini akan diintergrasikan dengan teknologi AI yang membolehkan ia melaksanakan tugas secara automatik bagi pihak pengguna seperti melakukan tempahan tiket, mengisi borang dan sebagainya. Selain itu, pelayar web ini mampu melaksanakan tugasan melalui arahan suara atau teks.
Pelayar ini akan mempunyai akses kepada sejarah pelayaran web pengguna untuk membolehkan AI memahami keutamaan. Ciri ini juga adalah sebahagian daripada strategi OpenAI untuk mengumpul data tingkah laku pengguna bagi menambah baik pengalaman AI.
Tiadak maklumat mengenai ketersediaan namun pelayar web dari OpenAI ini dijangka akan tiba dalam beberapa minggu akan datang.