Close

Harga jualan siri iPhone 17 mungkin meningkat sekitar RM200

Siri iPhone 17 yang mungkin tiba pada September ini dijangka bakal menyaksikan peningkatan harga jualan untuk setiap model.

Menurut nota pelabur yang dikeluarkan oleh firma Jefferies, harga jualan untuk setiap model siri iPhone 17 dijangka akan meningkat sekitar $50 (RM235). Peningkatan ini akan melibatkan semua model iaitu iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.

Sebagai perbandingan, harga jualan untuk iPhone 16 bermula sekitar $799 (RM3750). Dengan kenaikan $50, harga jualan untuk iPhone 17 mungkin akan bermula sekitar $849 (RM3985).

Kenaikkan harga jualan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kos komponen, kesan tarif ke atas barangan dari China dan juga perubahan pada reka bentuk.

Apple ketika ini sedang mempertingkatkan pengeluaran iPhone dari India bagi mengurangkan kos tarif kepada produk mereka. Berikutan dari itu, semua model baru iPhone mungkin akan dihasilkan di India bukan lagi di China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN