Close

Siri realme 14 dan realme 15 akan terima kemas kini sehingga 4 tahun

realme mengumumkan polisi lanjutan untuk kemas kini perisian bagi model terpilih dalam siri realme 14 dan realme 15.

Melalui pengumuman tersebut, realme akan memberi kemas kini sehingga tiga tahun kemas kini untuk Android dan empat tahun untuk keselamatan. Model yang akan menerima lanjutan kemas kini adalah realme 14T, realme 14 Pro, realme 14 Pro+, realme 15 dan realme 15 Pro.

Selain itu, polisi ini akan turut terpakai kepada semua peranti realme akan datang dengan siri nombor, ‘Pro’ dan ‘T’. Sokongan kemas kini akan menjadi standard baru untuk semua peranti realme. Walaupun penawaran kemas kini ini tidak setanding Samsung atau Google, tetapi ia satu peningkatan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, realme hanya menjanjikan kemas kini dua tahun untuk Android dan tiga tahun untuk keselamatan bagi peranti selain model realme GT. realme turut berkongsi yang mereka bakal memperkenalkan peranti baru di bawah siri P tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN