Google akan menggunakan kod nama Cinnamon Bun untuk Android 17. Kod nama tersebut hanya digunakan secara dalaman bukan sebagai nama rasmi untuk tujuan pemasaran.
Buat yang tidak mengetahui, Google sebelum ini menggunakan nama pencuci mulut untuk setiap versi Android sehinggalah Android 9. Bermula Android 10, Google tidak lagi menggunakan nama pencuci mulut sebagai nama rasmi sebaliknya menggunakan nombor.

Android Pie iaitu Android 9 merupakan Android terakhir yang menggunakan nama pencuci. Walau bagaimanapun, Google tetap menggunakan nama pencuci mulut tetapi hanya secara dalaman sahaja. Kod dalaman yang telah digunakan oleh Google seperti Android 16 ialah Baklava, Android 15 ialah Vanilla Ice Cream dan Android 16 ialah Upside Down Cake.
Google telahpun memulakan pembangunanan untuk Android 17 dan dijangka akan diperkenalkan pada Jun 2026.