Close

OnePlus mungkin guna paparan 165Hz pada model akan datang

OnePlus mungkin akan menggunakan paparan yang lebih tinggi pada peranti mereka pada masa akan datang.

Menurut laporan, OnePlus dikatakan sedang menguji paparan yang lebih tinggi iaitu 165Hz yang akan digunakan pada model akan datang. Sebagai rekod, OnePlus belum pernah menggunakan paparan 165Hz pada peranti mereka.

Menariknya, model pertama yang akan menggunakan paparan 165Hz bukan model andalan sebaliknya model kelas pertengahan. Model andalan seperti OnePlus 15 mungkin akan menggunakan sedikit lebih lambat.

Melalui ujian yang dilakukan, OnePlus menggunakan skrin dengan resolusi 1.5K yang dipadankan dengan paparan 165Hz. Gabungan tersebut dikatakan sesuai untuk model kelas pertengahan dan juga model andalan.

Walau bagaimanapun, perubahan antara 120Hz dan 165Hz mungkin sukar untuk dirasai oleh kebanyakkan pengguna. Namun begitu, perubahan tersebut mungkin akan menjadi nilai tambah bagi pengguna yang menyukai ciri premium pada skrin.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN