Close

vivo V60 diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 7 Gen 4, bateri 6500mAh dan kamera Zeiss

vivo secara rasmi memperkenalkan model baru di bawah siri V iaitu V60. Model ini memfokuskan kepada pengalaman fotografi yang lebih baik melalui kamera Zeiss dan tampil dengan spesifikasi yang menarik.

V60 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi 2392 x 1080 yang turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan 50MP swafoto. Kemampuan kamera ini dibantu dengan teknologi kamera dari Zeiss. Antara ciri menarik yang ditawarkan adalah seperti ciri , AI Hyper Zoom, AI Aura Light Portrait 2.0, AI Magic Move, Stage Portrait dan Portrait Studio.

Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Peranti ini menjalankan sistem operasi FuntouchOS 15 berasaskan Android 15 yang menyokong pelbagai ciri menarik seperti AI Eraser 3.0, AI Captions, AI Smart Call dan Gemini. Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti penarafan IP68/IP69, pengimbas cap jari, NFC dan menyokong kemas kini sehingga 6 tahun.

Di India, vivo V60 dijual pada harga bermula sekitar INR 36,999 (RM2076) dan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Mist Gray, Moonlit Blue, dan Auspicious Gold. Peranti ini akan turut ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN