Close

Apple Intelligence dijangka tersedia pada iPad mampu milik

Apple dijangka akan memperkenalkan iPad mampu milik mereka yang seterusnya tidak lama lagi.

Menurut laporan, Apple sedang membangunkan iPad mampu milik generasi ke-12 yang akan dijana dengan cip A18. iPad generasi baru ini tidak akan membawa sebarang perubahan dari segi rekaan, kekal dengan rekaan model sebelumnya.

Peningkatan terbesar yang dibawakan pada iPad generasi baru adalah dari segi prestasi dan kecekapan kuasa melalui cip A18, turut digunakan pada iPhone 16, iPhone 16 Plus dan iPhone 16e. Dengan menggunakan cip ini, ia membolehkan iPad generasi baru menyokong Apple Intelligence.

Penawaran Apple Intelligence pada iPad mampu milik membolehkan pengguna menikmati ciri pintar tersebut tanpa perlu berbelanja besar. Selain itu, Apple Intelligence merupakan tarikan utama dalam ekosistem iOS, iPadOS, dan macOS.

iPad mampu milik generasi ke-12 ini dijangka akan diperkenalkan sekitar Mac atau April 2026.

ARTIKEL BERKAITAN