Sub-jenama kepada Xiaomi iaitu Redmi telah menjadualkan acara pelancaran siri Redmi Note 15 Pro pada 21 Ogos ini.


Redmi dijangka akan memperkenalkan dua pilihan model iaitu Redmi Note 15 Pro dan Redmi Note 15 Pro Plus. Peranti dijangka tampil dengan rekaan yang sama seperti model sebelumnya dengan modul kamera bulat yang diletakkan di tengah.

Masih mengekalkan rekaan skrin jenis melengkung dengan bahagian sisi jenis rata yang memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Untuk spesfikasi, ia akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 dengan RAM sehingga 16GB, bateri 7000mAh dan menyokong pengecasan 90W.
Seperti biasa, maklumat yang lebih tepat akan diketahui pada acara pelancarannya. Jadi, sama-sama kita nantikan.