Terdapat banyak laporan mendedahkan maklumat mengenai siri Pixel 10 biarpun peranti tersebut belum lagi tiba secara rasmi. Siri Pixel 10 akan diperkenalkan pada 21 Ogos ini melalui acara ‘Made By Google’.

Terbaru, skor penanda aras untuk Pixel 10 Pro XL telah tertiris, mendedahkan kemampuan sebenar cip yang digunakan pada peranti tersebut. Melalui maklumat tersebut, memperlihatkan skor keseluruhan untuk cip Tensor G5 adalah 16% lebih baik berbanding cip Tensor G4 yang digunakan pada Pixel 9 Pro XL.
Peningkatan paling ketara adalah pada prestasi CPU yang meningkat sebanyak 73% menandakan keupayaa prestasi cip ini lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Walau bagaimanapun, skor GPU pada cip ini dilhat lebih rendah berbanding cip Tensor G4. Untuk skor lain, seperti memori turut menunjukan peningkatan manakala untuk UX pula setara atau sedikit lebih rendah.
Skor penanda aras ini mungkin hanya boleh dijadikan rujukan sahaja dan tidak mengambarkan prestasi sebenar peranti. Ia disebabkan oleh faktor seperti perisian atau sistem operasi masih dalam fasa percubaan. Terdapat kemungkinan, versi akhir Pixel 10 Pro XL akan menunjukkan hasil yang lebih baik selepas pelancarannya.