Google Malaysia secara rasmi memperkenalkan siri Pixel 10 ke pasaran tempatan. Hadir dengan 4 pilihan model iaitu Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold.

Google Pixel 10 hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Tensor G5 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 13MP Ultra Lebar + 10.8MP Telefoto dengan 5x zum optik dan swafoto 10.8MP. Dimuatkan dengan bateri 4970mAh yang menyokong pengecasan 29W berwayar dan 15W tanpa wayar dengan Qi2.

Manakala untuk Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL, ia berkongsi spesifikasi asas yang sama cuma dibezakan dengan saiz skrin, kapasiti bateri dan pengecasan. Pixel 10 Pro menggunakan skrin 6.3-inci, bateri 4870mAh dan pengecasan 30W. Sementara Pixel 10 Pro XL pula, menggunakan skrin 6.8-inci, bateri 5200mAh dan pengecasan 45W. Kedua-dua model menyokong pengecasan 15W tanpa wayar dengan Qi2.


Dikuasakan dengan cip Google Tensor G5 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 48MP Ultra Lebar + 48MP Teletofo dan swafoto 42MP.

Akhir sekali adalah Pixel 10 Pro Fold, merupakan peranti boleh lipat pertama yang ditawarkan oleh Google untuk pasaran tempatan. Hadir dengan skrin luar bersaiz 6.4-inci dan skrin dalam bersaiz 8-inci. Kedua-dua skrin menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits. Dimuatkan dengan bateri 5051mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 30W dan 15W tanpa wayar dengan Qi2.

Turut dikuasakan dengan cip Tensor G5 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Pixel 10 Pro Fold hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 10.5MP Ultra Lebar + 10.8MP Telefoto 5x zum digital. Kamera utama peranti ini menyokong 20x Super Res Zum dan juga mempunyai OIS. Untuk swafoto, ia dilengkapi dengan sensor 10MP pada bahagian luar dan 10MP pada bahagian dalam.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti WiFi 7, Bluetooth 5.3, NFC, penarafan IP68, Titan M2 security dan menyokong kemas kini sehingga 7 tahun. Tidak ketinggalan, peranti ini turut menyokong model Gemini Nano yang membolehkan ia melakukan pelbagai tugasan kecerdasan buatan (AI) dengan lebih lancar.
Di Malaysia, Pixel 10 dijual pada harga bermula RM3999, Pixel 10 Pro bermula RM4999, Pixel 10 Pro XL bermula RM5999 dan Pixel 10 Pro Fold berharga RM7999. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini dan akan ditawarkan bermula 28 Ogos 2025.