Close

Telegram perkenal ciri baru – Boleh tambah lagu pada profil

Telegram membawakan kemas kini baru dengan pelbagai ciri menarik diperkenalkan. Melaluinya, ia menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Ciri paling menarik yang ditawarkan melalui kemas kini ini adalah ‘Music On Your Profile‘, membolehkan pengguna menambah lagu pada halaman profil. Pengguna hanya perlu menekan butang ‘Add to Profile’ pada lagu atau audio dan ia akan dipaparkan di bawah gambar profil. Semua lagu yang ditambah pada profil akan disusun dalam senarai main secara automatik.

Telegram turut memperkenalkan ‘Sticker Mini App’. aplikasi mini untuk mencipta pelekat atau emoji. Bukan itu sahaja, pengguna boleh menguruskan koleksi stickers dan berkongsi sticker yang dihasilkan dengan pengguna lain.

Untuk pengguna Android, Telegram kini hadir dengan rekaan profil baru yang lebih menarik dan kemas dengan animasi lebih lancar. Turut menerima perubahah adalah pada bahagian tab utama, yang mana pengguna boleh memilih tab yang ingin dipaparkan sebagai tab utama pada profil.

Selain itu, Telegram juga memperkenalkan tema hadiah baru yang lebih dinamik berdasarkan kepada hadiah digital yang diberikan.

ARTIKEL BERKAITAN