Close

TikTok Shop naikkan yuran komisen – Berkuat kuasa 13 September

TikTok bakal menaikkan yuran komisen untuk TikTok Shop dan TikTok Shop Mall yang akan berkuat kuasa 13 September 2025.

Dengan peningkatan tersebut, caj komisen baru yang akan dikenakan adalah 15.66% untuk TikTok Shop dan 18.90% untuk TikTok Shop Mall. Kadar untuk caj komisen ini bergantung kepada subkategori dan ia sudah termasuk dengan cukai.

Peningkatan ini dijangka akan memberikan kesan kepada keuntungan dan juga operasi peniaga. Selain itu, TikTok turut memperkenalkan BXP (Benefit Extra Program) untuk penjual dengan yuran perkhidmatan sederhana iaitu 4.86% termasuk SST.

Penjual BXP akan menikmati yuran komisen Marketplace dan Mall yang lebih rendah berbanding penjual bukan BXP. Terdapat juga faedah tambahan lain untuk penjual BXP bagi kempen jualan mega, terutamanya pada musim akhir tahun dengan baucar diskaun dua kali ganda.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kenaikkan yuran komisen dan juga BXP (Benefit Extra Program), boleh layari laman rasmi TikTok Shop.

ARTIKEL BERKAITAN