CIMB melalui laman web rasmi memaklumkan beberapa perkhidmatan mereka tidak boleh diakses secara sementara pada 13 dan 14 September 2025.

Menurut CIMB, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan. Berikutan dari itu, beberapa perkhidmatan seperti Automated Teller Machines (ATM & MEPS) dan Cash Deposit Machines (CDM) tidak boleh diakses secara sementara.
Gangguan perkhidmatan tersebut bermula pada Sabtu, 13 September dari 12.01 tengah malam hingga 8.00 pagi dan pada Ahad, 14 September dari 12.01 tengah malam hingga 5.00 pagi.
Berikutan dari gangguan tersebut, CIMB menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan pengguna digalakkan untuk merancang urusan perbankan.