Close

Rekaan OnePlus 15 diperlihatkan secara rasmi

OnePlus secara rasmi berkongsi rekaan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 15, rekaan tersebut dikongsi melalui platform Weibo.

Melalui rekaan yang dikongsi, memperlihatkan ia hadir dengan rekaan yang berbeza dari generasi sebelumnya. Menggunakan rekaan modul kamera serba baru berbentuk petak dengan bucu membulat. Tiada lagi penjenamaan Hasselblad pada kamera seperti sebelumnya, OnePlus akan menggunakan sistem pengimejan sendiri iaitu DetailMax Engine.

Menurut OnePlus, peranti ini dibina menggunakan bahan ‘Logam Porselin’ yang menawarkan kekuatan yang lebih tinggi sekitar 134% berbanding titanium. OnePlus 15 bakal hadir dengan tiga pilihan warna baru iaitu yang menarik dipanggil sebagai Absolute Black, Dune dan Mist Purple.

Selain itu, ia menggunakan rekaan sisi jenis rata dengan panel belakang jenis kesat. Terdapat juga butang tambahan yang diletakkan pada bahagian sisi kiri. OnePlus 15 dijangka hadir dengan skrin 6.78-inci OLED 165Hz, cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, bateri 7000mAh dan pengecasan pantas 120W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN