OnnePlus mengesahkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 15 akan turut diperkenalkan ke pasaran global.
Maklumat tersebut dikongsi melalui media sosial rasmi OnePlus. Seiring dengan perkongsian tersebut, OnePlus turut mendedahkan rekaan dan pilihan warna untuk OnePlus 15.

Hadir dengan rekaan yang berbeza dari generasi sebelumnya. Menggunakan rekaan modul kamera serba baru berbentuk petak dengan bucu membulat.

OnePlus 15 bakal hadir dengan tiga pilihan warna baru iaitu Absolute Black, Sand Storm dan Mist Purple. Menggunakan bahan ‘Logam Porselin’ yang menawarkan kekuatan yang lebih tinggi sekitar 134% berbanding titanium.
OnePlus 15 dijangka hadir dengan skrin 6.78-inci OLED 165Hz, cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, bateri 7000mAh dan pengecasan pantas 120W. Peranti ini akan turut tiba ke pasaran tempatan selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.