Close

Samsung Galaxy Z TriFold akan dilancarkan secara global

Fon tri-lipat pertama dari Samsung iaitu Galaxy Z TriFold dilaporkan akan diperkenalkan secara global pada penghujung bulan ini.

Jika sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan peranti ini akan ditawarkan secara eksklusif di dua pasaran sahaja iaitu Korea Selatan dan China. Walau bagaimanapun, laporan terbaru menyatakan Samsung turut merancang untuk membawa peranti tersebut ke pasaran lain, termasuk UAE.

Terdapat kemungkinan, pasaran lain itu merujuk kepada Amerika Syarikat, namun perkara tersebut masih belum dapat disahkan sepenuhnya. Selain itu, tiada juga maklumat mengenai ketibaan peranti ini ke pasaran Malaysia.

Galaxy Z TriFold dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite yang sama seperti pada Galaxy Z Fold7. Menjalankan sistem operasi One UI 8 dengan sokongan kemas kini sehingga 7 tahun. Menggunakan sensor utama 200MP dengan kemampuan digital zum 100x pada kamera telefoto.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN