Meta mengumumkan WhatsApp akan menyokong permesejan aplikasi pihak ketiga tidak lama lagi. Perubahan ini adalah sebahagian pematuhan kepada RUU Akta Pasaran Digital (DMA) oleh Kesatuan Eropah.
Melalui RUU DMA tersebut, pembangun aplikasi diminta untuk membuka ekosistem mereka kepada aplikasi pihak ketiga. Sekali gus, membolehkan fungsi perbualan dalam satu aplikasi boleh dibaca oleh pengguna aplikasi lain tanpa perlu aplikasi pertama.
Untuk pengguna di Eropah, WhatsApp akan menyokong dua aplikasi pihak ketiga iaitu BirdyChat dan Haiket. Membolehkan pengguna berkongsi pelbagai jenis kandungan seperti imej, mesej audio, video dan fail. Lebih banyak ciri dijangka akan disokong selepas menerima persetujuan dari pihak ketiga.
Walau bagaimanapun, sokongan aplikasi permesejan pihak ketiga dikatakan hanya tersedia untuk pengguna di Eropah sahaja.