OnePlus secara rasmi berkongsi maklumat mengenai acara pelancaran yang akan berlangsung pada 17 Disember ini. Terdapat tiga peranti yang akan diperkenalkan iaitu OnePlus 15R, Pad Go 2 dan Watch Lite.

Untuk OnePlus 15R, ia akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 sekali gus menjadikan ia peranti pertama yang menggunakan cip tersebut di pasaran global. Peranti ini akan menggunakan skrin AMOLED dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan sama seperti OnePlus 15 iaitu 165Hz.

Model ini akan turut menggunakan teknologi kamera yang dibangunkan oleh OnePlus iaitu DetailMax Engine. Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan cip Touch Response dan cip WiFi G2 yang dibangunkan oleh OnePlus.

Untuk OnePlus Pad Go 2, ia akan dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 12.1-inci dengan resolusi 2.8K dan menyokong kecerahan puncak 900 nits. Manakala untuk Watch Lite, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.46-inci dengan kecerahan puncak 3000 nits. Menggunakan binaan stainless steel dengan berat 35gram. Menyokong lebih dari 100 mod sukan dengan bateri mampu bertahan sehingga 10 hari.