nubia mengumumkan fon lipat clamshell generasi baru mereka iaitu nubia Flip3 di Jepun. Fon lipat ini diumumkan bersama dengan nubia Fold, merupakan fon lipat pertama nubia yang menggunakan rekaan book-style.

Nubia Flip3 hanya setebal 7.5mm dan berat sekitar 187 gram sahaja. Menggunakan skrin luar AMOLED bersaiz 6.9-inci dengan resolusi FHD+. Manakala, untuk skrin luar ia menggunakan saiz yang lebih besar iaitu 4-inci berbanding 3-inci pada model sebelumnya.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 7400X yang digabungkan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Dimuatkan dengan bateri 4610mAh yang menyokong pengecasan pantas melalui USB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP.

Seperti peranti lain, Nubia Flip3 ini turut menyokong fungsi yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI). Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, penarafan IP54, Bluetooth 6.0 dan menjalankan Android 15.
Malangnya, harga jualan untuk nubia Flip3 belum diumumkan namun peranti ini dijangka akan mula dijual bermula Januari 2026.