Close

Perkhidmatan MyDebit CIMB tak boleh diakses pada 13 Disember 2025

Perkhidmatan sistem MyDebit CIMB tidak boleh diakses buat sementara waktu pada 13 Disember 2025. Perkara tersebut dikongsi melalui laman web rasmi CIMB.

Gangguan sementara ini disebabkan oleh penyelenggaraan sistem yang akan dilakukan pada 13 Disember (Sabtu), bermula jam 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi. Tujuan penyelenggaraan ini untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik pada masa akan datang.

Selain itu, CIMB turut menyatakan permohonan maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

ARTIKEL BERKAITAN