Black Shark bakal membuat kemunculan kembali selepas memuat naik teaser awal mengenai peranti yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Melalui teaser yang dikongsi, memperlihatkan Black Shark akan memperkenalkan sebuah tablet yang memfokuskan kepada permainan. Pada teaser tersebut terdapat perkataan “Small in size. Big in power.” dan “8.8” Ultra Portable”, sekaligus membayangkan tablet ini hadir dengan rekaan yang kompak.
Dengan saiz yang kompak dan memfokuskan kepada permainan, Black Shark dilihat cuba untuk menguasai segmen tablet mini premium. Jika merujuk kepada maklumat awal, tablet ini akan dikuasakan cip andalan iaitu Snapdragon 8s Gen 3.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai ketibaan tablet ini. Kita mungkin boleh menjangkakan ia akan tiba dalam masa terdekat.