Syarikat logistik dan penghantaran dari Thailand iaitu Flash Express bakal menamatkan operasi mereka di Malaysia pada Januari 2026.

Berdasarkan dari maklumat yang dikongsi, syarikat tersebut tidak akan menerima pesanan penghantaran baru bermula 15 Januari 2026 dan akan menutup operasi mereka sepenuhnya pada 31 Januari 2026. Semua pesanan penghantaran yang dibuat sebelum 15 Januari akan dihantar seperti biasa.
Persaingan pasaran yang sengit serta kos opeasi yang tinggi dan ditambah dengan kerugian berterusan menjadi punca kepada penamatan opeasi Flash Express di Malaysia. Walau bagaimanapun, penutupan ini tidak menjejaskan operasi Flash Express di negara lain dan akan diteruskan seperti biasa.