Close

OnePlus 16 mungkin hadir dengan paparan 200Hz

OnePlus 16 berkemungkinan hadir dengan paparan yang lebih tinggi berbanding model sebelumnya, menjadikan ia fon dengan paparan paling tinggi dalam pasaran.

Menurut laporan, OnePlus dikatakan sedang menguji paparan yang lebih tinggi dengan sekurang-kurangnya 200Hz. Walaupun tiada maklumat tepat mengenainya, namun pilihan paling logik yang akan digunakan adalah 240Hz.

Sekiranya laporan ini tepat, OnePlus bakal menjadi pengeluar pertama dan terawal yang menawarkan paparan 200Hz atau lebih, tertinggi yang pernah digunakan pada fon. Sokongan paparan lebih tinggi memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik terutamanya untuk permainan.

Selain paparan lebih tinggi, OnePlus 16 dikatakan menerima peningkatan pada kemampuan kamera dengan menggunakan sensor 200MP.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN