Close

Siri OPPO Reno15 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1499

OPPO Malaysia secara rasmi memperkenalkan siri Reno15 dengan tiga pilihan model iaitu Reno15, Reno15 Pro dan Reno15 F.

Untuk Reno15 Pro, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.32-inci dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8450 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Menggunakan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Kamera ini turut menawarkan kemampuan zum optik 3.5x dan 120x zum digital. Dimuatkan dengan bateri 6200mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W berwayar.

Untuk Reno15, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Turut menggunakan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Dan yang terakhir adalah Reno15 F, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci yang menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Selain itu, ketiga-tiga peranti ini menyokong penarafan IP66/IP68/IP69, pengimbas cap jari bawah skrin, IR Blaster, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan ColorOS 16 yang berasaskan kepada Android 16.

Di Malaysia, OPPO Reno15 F dijual pada harga RM1499 (8GB + 256GB) dan RM1599 (12GB + 256GB). Untuk Reno15 pula dijual pada harga RM1999 (12GB + 256GB) dan RM2399 (12GB + 512GB). Manakala untuk model paling premium iaitu Reno15 Pro dijual pada harga RM2999 (12GB + 512GB).

ARTIKEL BERKAITAN